♥cikuyaya♥

Resah dan bersedih. Inilah saya sekarang. Saya bukan tidak gembira dengan hidup saya. Kadang-kadang happy, kadang-kadang saya bersedih. Nak nak time datang bulan. u got me?
Semalam, saya minta pulang awal dari kerja. 15 minit awal. Saya pulang ke rumah mak saya. Menenangkan diri dengan berbaring dan memikirkan keadaan diri. Keadaan saya sangat tidak larat, plus kecewa kerana tanda-tanda period pagi tadi. But i never told my mom. Takut kena marah sebab terlalu beria-ria mahu zuriat. Saya berdiam diri sahaja.
Sejam kemudian, saya pulang ke rumah. Terus mandi dan berkurung dalam bilik. Memang sah sah saya menangis. Kami gagal lagi. Sehinggalah suami saya pulang, terus jenguk saya dalam bilik. Saya sedang menangis. Bertalu-talu soalan suami kepada saya.
“Kenapa menangis?”
“Marah kat abang?”
“Sebab period?”
“Ada orang marah sayang?”
Saya terus menangis. Suami berterusan memujuk. Dia sebenarnya tahu kenapa saya menangis.Tak ada sebab lain melainkan kedatangan sahabat baik (sahabat baik sebelum berumahtangga, maybe). Sekarang saya taknak bersahabat baik dengan dia.sobsob.
Saya tahu bukan rezeki saya. Tapi saya tidak dapat menahan perasaan saya bila mengingatkan kawan-kawan saya yang bakal bergelar ibu. Sudahlah period saya bulan ini awal seminggu. Saya mula berasa kecewa dengan diri saya. Saya merasakan saya sudah gagal. Mana tak sedih tengok orang yang kawin sama dengan saya dah pun pregnant, im not.
Saya sms suami saya pagi tadi. Saya cakap saya kecewa dengan hidup saya. Astaghfirullah. Suami saya marah teruk. Samalah seperti saya ingkar dengan qada’ dan qadar yang Allah tetapkan untuk saya. Mesti suami saya sedih sebab saya begini. Suami saya cakap, setiap kali saya period mesti saya menangis which is dia memang tak mahu saya begini.
Entahlah. kadang-kadang saya boleh berfikir positif, kadang-kadang saya terlebih negatif. Saya tak mahu berharap, tapi setiap kali itulah saya berharap. Entah bila rezeki saya, saya berdoa akan ada satu hari nanti.
Tetap dalam mood sedih.

three days after holiday…. i found that it was super amazing holiday, tired of course i am.hihi.nasib baik ada gps kalau tak berguni-guni makan buah langsat (sesat).
saya bukan nak cerita pasal holiday, but i want to share something about life.
semasa di Melaka, suami ajak naik beca. i refuse dengan alasan kesian pakcik2 beca kena bawak kami jalan-jalan.
‘dah kerja diorang bawak beca. nak taknak, dia kena bawak dengan kudrat yang dia ada. itu mata pencarian diorang, lagi kesian kalau kita tak naik, diorang tak ada sumber rezeki hari tu’
statement suami buatkan saya berfikir. ada betulnya tapi kesian jugak pakcik2 tu bawak beca. Apatah lagi, saya terserempak dengan seorang budak yang lebih muda dari saya. saya rasa umur dia belasan tahun. Dia pandang saya, dia senyum. ‘gigihnya anak muda ini’ terdetik dalam hati saya.
Saya kesian melihat diorang yang gigih mencari rezeki. Kalau ada penumpang, alhamdulillah. Kalau tidak ada, bagaimana. Esok, lusa pula bagaimana.
haruslah kita bersyukur dengan kesenangan yang kita ada sekarang. Bekerja di dalam air-cond, makan sedap, akhir-akhir bulan dapat gajio. Syukur-syukur.
Sama-sama lah kita menghayati erti hidup. Setiap orang ternyata berbeza.
he makes joke again.
him: abg kat rumah syed ni, tunggu syed transfer gambar jap.
me: gambar ape? gambar kita kawin ke?
him: ya syg, 4 tahun dah kita kawin, baru boleh transfer gambar.haha
me: hahahaha.
* welcome tomorrow. our 6-months anniversary!
tanggungjawab berbeza:)
just now i made a call to my husband. sekadar nak rest daripada penangan komputer.
me: abang buat ape?
husband: duk baiki mesin joran. knpa syg?
me: ooo. tak de pape. syg rasa bosan je.tu yang kol abang. abang baiki joran dalam bilik stor ke?
husband: xla, depan tv.
me: abang jgn sepahkan bilik stor tu, penat sayang kemas tu.
husband: dah tanggungjawab syg kan kena remas rumah.hehe.
me: ooo, tanggungjawab abang sepahkan rumah la ye…hehe
husband: hahahahaha…
cantik itu abstrak.
Saya tertarik entry kak Wardina Safiyyah pasal perihal cantik.Saya sedikit tersentuh pabila beliau mengatakan begini;
minda kita sudah dipengaruhi dan diracuni secara TIDAK sedar atau pun separa sedar, untuk sentiasa tidak bersyukur dengan mata, badan, hidung, kulit atau pun rupa kita! Kita selalu merasa diri KURANG SEMPURNA!
Apabila berjalan-jalan keluar bersama suami, saya sering terserempak dengan wanita-wanita cantik. slim lagi.of courselah, wanita cantik selalu slim dan vogue. Dan pada saat ketika saya melihat wanita cantik itulah saya sentiasa berasa cemburu dengan kecantikan beliau-beliau. sebab wajah saya ada pimples dan scars, so jadilah tidak cantik.hahaha.
mereka cantik sebab mereka pakai seksi dan tidak menutup aurat, mengapa saya harus cemburu.
Saya pernah baca, tidak ingat bila dan di mana, kecantikan bukan hanya pada fizikal, tetapi jika seseorang itu berpengetahuan, bijak menjaga penampilan dan bergaul, mereka akan kelihatan WOW.
Dan oh, di ON AIR. Suhaimi Sulaiman yang berkata begitu.
Benar, apa yang perlu kita banggakan ialah pada ilmu pengetahuan yang ada dalam diri seseorang. Apabila mereka bijak membawa diri, kelihatan yakin melontarkan pendapat, bijak mengawal emosi, secara automatik mereka kelihatan anggun.
Perlu saya tegaskan pada diri, kecantikan bukan hanya terletak pada paras rupa. cantik tu abstrak. terpulang pada yang menilai.
Dan saya tidak faham kenapa saya perlu cemburu jika berjumpa dengan wanita cantik? hahahaha.
Theme by capturingdreams





